Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, aliran trafik kenderaan yang baik sangat penting bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.

"Saya menasihati pengguna jalan raya yang memasang dan meletakkan bendera parti yang bertanding dalam PRU-14 di bahagian luar dan dalam kenderaan masing-masing supaya mementingkan aspek keselamatan.

"Kita tiada spesifikasi spesifik mengenai saiz bendera dan sebagainya, namun kita berharap pemasangan bendera itu tidak menghalang tumpuan penunggang, pemandu dan pengguna jalan raya.

"Pastikan kesesuaian, sebagai contoh, penunggang dan pembonceng motosikal, jika angin kencang mungkin bendera tidak sesuai dipasang di kenderaan itu," katanya kepada media sempena Sambutan Hari JPJ ke-72 peringkat negeri Perlis di Dewan Besar, Kompleks JPJ Perlis di sini hari ini

Dalam perkembangan berkaitan, JPJ negeri menghargai  lebih 10 pengamal media cetak dan elektronik di negeri ini dengan pemberian sijil penghargaan kerana liputan media terhadap agensi penguat kuasa berkenaan. - K! ONLINE