Beliau berkata, keputusan tawaran bidaan melibatkan nombor siri Malaysia 1 hingga Malaysia 9999 itu akan diumumkan pada 23 Ogos depan.

Katanya, bidaan itu terbuka kepada mana-mana individu termasuk menteri kecuali Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan ditawarkan nombor pendaftaran khas 'Malaysia 2020'.

"Niat kita untuk tambah hasil kerajaan jadi semua nombor tidak dikhaskan untuk sesiapa (termasuk menteri), boleh dibida oleh sesiapa pun. Tiada bidaan minimum," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan menjangkakan hasil lebih RM22 juta daripada tawaran bidaan tersebut berdasarkan hasil penjualan nombor pendaftaraan siri 'V' dan 'F' sebelum ini. - Bernama