Langganan akhbar ini bagi memudahkan penghantaran akhbar terus ke rumah atau ke pejabat anda seluruh negara.

Pengurus Pengedaran dan Jualan Kumpulan Utusan, Mohammad Fahmi Asraf Khan (Gambar kecil) berkata, pembaca setia akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia boleh melanggan akhbar tersebut melalui vendor atau ejen di kawasan tempat tinggal anda.

"Anda hanya perlu hubungi mereka (vendor dan ejen) di kawasan tempat anda untuk berurusan soal langganan mininum jumlah langganan selama sebulan," katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Kata Mohammad Fahmi, sebagai contoh terdapat 23 vendor akhbar di Selangor yang boleh anda hubungi terus untuk berurusan dengan dikenakan caj penghantaran serendah RM6 mengikut kawasan. 

"Contohnya RM1.50 (selama 30 hari) ditambah dengan kos penghantaran mininum RM6 itulah jumlah yang perlu dibayar pelanggan," jelasnya yang mengharapkan dengan #kempenbeliutusankosmo akan meningkatkan jualan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia. 

#kempenbeliutusankosmo dilancarkan malam tadi melalui media sosial selepas terdapat khabar angin kedua-dua akhbar ini akan ditutup disebabkan masalah kewangan. 

Tambah Mohammad Fahmi, pihaknya kini sedang merangka untuk menawarkan harga istimewa atau baucar pembelian secara pukal pada masa hadapan bagi menggalakkan orang ramai melanggan kedua-dua akhbar ini. 

"Kita faham dengan kesibukan dan peredaran zaman agak sukar untuk membaca berhenti di kedai buku atau stesen minyak untuk membeli akhbar dengan cara yang bakal diumumkan nanti ia dapat menyenangkan orang ramai terus mendapatkan akhbar ini," jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya juga mengambil kira pandangan orang ramai mengenai cara langganan terkini melalui rider (bermotosikal). - K! ONLINE

 

Berikut adalah senarai eksekutif pengedaran dan ejen akhbar Kosmo! serta Utusan Malaysia di seluruh negara:

Kuala Lumpur dan Putrajaya

  • Eksekutif pengedaran - Zulfadhli Sopian, 016-774 4215
  • Ejen:
  1. JB News (Seri Kembangan, Equen Park, Bukit Jalil, Seri Serdang, Balakong, Sg. Besi, Tasik Selatan), 016-256 3628
  2. City News (Taman Pertama, Cheras, Taman Tenaga, Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Taman Len Seng), 016-365 3699
  3. J & J (Cheras), 012-630 5537
  4. Amutha Book & News (Selayang, Templer Park, Kepong), 014-345 2832
  5. Samy News Agency (Sentul, Bandar Baru Sentul), 012 -367 4428
  6. Tharma News Agency (Danau Kota, Melawati, Wangsa Maju, Hulu Klang, Ampang Jaya, Keramat, Gombak), 019-266 3281
  7. Minda Abadi (Pusat Bandar Kuala Lumpur, Bangsar), 019-311 3499
  8. G Moses (Putrajaya), 012-281 4053

 

Selangor

  • Eksekutif pengedaran

         - Mohd. Firdaus Ahmad Sabli (Petaling Jaya), 012-416 6947

         - Mohd. Razali Kamarudin (Shah Alam, Klang), 014-223 8064

  • Ejen:
  1. Mariyam News Agency (KLIA, Sepang, Dengkil), 019-383 9385
  2. Abiramy News Agency (Shah Alam), 019-267 1297
  3. Darul Sempena (Klang), 016-218 2253
  4. R. Siva News Agency (Shah Alam), 018-660 4871
  5. Sumsifa Enterprise (Meru, Kapar, Setia Alam, Sg. Besar, Tanjung Karang, Sabak Bernam), 019-383 9385
  6. Kota Damansara Newspaper Agency (TTDI, Bandar Utama, Sg. Buloh, Taman Connought-Cheras, Damansara), 010-226 3850
  7. Nadashanti Newspaper Agency (Petaling Jaya, Puchong, Jalan Klang Lama, Kepong, Bangsar dan Kerinchi), 012-343 8391
  8. Maju News Agency (Kelana Jaya, Kampung Melayu Subang, TTDI Jaya), 012-278 3639
  9. Subang Jaya Mag News (Subang Jaya, Usj, Kota Kemuning), 016-238 8411
  10. Surya News (Kajang, Sg. Long, Sg. Jeluk, Saujana Impian, Bandar Seri Putra), 010-221 7061
  11. Azizah Enterprise (Bangi), 012-697 3104
  12. Min Choon (Semenyih), 019-622 2888
  13. Super Laser City (Rawang, Bukit Beruntung), 012-200 9698
  14. Global Periodical (Rawang, Kuala Kubu Baru, Serendah), 012-721 6291
  15. Virakumar (Taman Putra Ampang, Kampung Pandan, Taman Dagang, Desa Pandan, Taman Shamelin), 012-394 7758
  16. AMMD (Bandar Baru Ampang), 016-663 2847
  17. Krishnasamy (Bukit Indah, Taman Kosas, Taman Resmi Jaya, PKNS Ampang Jaya), 017-639 1812

 

Pulau Pinang

  • Eksekutif pengedaran - Zainol Saad, 017-238 4274

 

Perak

  • Eksekutif pengedaran - Ismail Mohamed Amin, 012-453 0212

 

Kedah

  • Eksekutif pengedaran - Mohd. Abdul Latif Yaacob, 013-797 6641

 

Negeri Sembilan

  • Eksekutif pengedaran - Zairina Lubis Noordin, 019-675 3580

 

Melaka

  • Eksekutif pengedaran - Mohd. Saifuddin Sarmin, 012-742 0644

 

Johor

  • Eksekutif pengedaran - Mohd. Shahrullazhar Yacob, 019-777 9538

 

Terengganu

  • Eksekutif pengedaran - Muhamad Afizan Muhamad Sani, 019-747 7698

 

Kelantan

  • Eksekutif pengedaran - Ibrahim Shakbodin, 016-952 2003

 

Pahang

  • Eksekutif pengedaran - Rizbi Mamat, 013-940 3524