Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, angka kematian itu melibatkan 14 kes kemalangan motosikal, tiga (kereta) dan satu (pejalan kaki).

Beliau berkata, jalan persekutuan mencatatkan sebanyak enam kes kemalangan maut, diikuti lima kes bagi (jalan lebuh raya), empat kes (jalan bandaran), dua kes (jalan negeri) dan satu kes (jalan lain-lain).

"Op secara keseluruhannya telah mencatatkan sebanyak 2,041 kes kemalangan dalam tempoh itu, meningkat sebanyak 154 kes berbanding 1,887 kes yang direkod dalam tempoh sama bagi Op Selamat 13/2018.

"Daripada jumlah itu, lima daerah yang paling tinggi kadar kemalangan ialah Johor Bahru Selatan iaitu sebanyak 454 kes, 290 (Johor Bahru Utara), 232 (Batu Pahat), 200 (Seri Alam) dan 190 (Iskandar Puteri). katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama