Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan  Negeri  Sembilan, S. Veerapan berkata, projek bernilai RM45 juta itu dicadangkan dibina di tapak lama Hospital Tampin.

"Klinik kesihatan Jenis 2 ini adalah lebih besar dengan kapisiti 1,000 pesakit boleh dirawat sehari berbanding sebelumnya hanya 600 ke 800 orang sehari di samping dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Zainuddin Mohd Ali.

Mengulas lanjut, Veerapan berkata, skop perkhidmatan yang akan ditawarkan klinik kesihatan bahari itu adalah sama seperti sebelum ini. - Bernama