Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Mahanom Mat Sam berkata, ini berikutan tahap jerebu masih berada di bawah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu 200.

Katanya, berdasarkan surat siaran dikeluarkan Kementerian Pendidikan pada 15 Januari lalu bahawa penutupan sekolah serta-merta sekiranya IPU melebihi 200.

"Justeru, kita sentiasa memantau IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar sebagai tindakan segera berhubung penutupan ini.

"Pengurusan sekolah yang ingin menutupnya harus memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Selangor," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Berdasarkan IPU sehingga pukul 5 petang, Johan Setia merekodkan IPU tidak sihat 155, Shah Alam (135), Banting (119), Klang dan Petaling Jaya (114) manakala hanya Kuala Selangor  mencatatkan IPU Sederhana (92). - K! ONLINE