Pada 2 petang, darjah penglihatan dicatatkan pada 2,000 meter.

"Darjah penglihatan ini direkodkan menerusi satu peralatan meteorologi yang ditempatkan di setiap hujung landasan, yang mengukur darjah penglihatan mendatar, atau dalam terma penerbangan ia dikenali sebagai Jarak Visual Landasan (RVR).

"Pihak berkuasa lapangan terbang boleh menggantung operasi rusuk udara atas nasihat Kawalan Trafik Udara (sekiranya darjah penglihatan mendatar di bawah 400 meter)," menurut jurucakap MAHB kepada Bernama hari ini.

Pada Oktober 2015, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ditutup sementara selama tiga jam akibat jerebu yang mengakibatkan darjah penglibatan rendah iaitu hanya 500 meter, sekali gus menyebabkan beratus penumpang terkandas di terminal tersebut.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penerbangan Awam) berkata lapangan terbang di Malaysia dilengkapi sistem yang lebih moden dan sofistikated seperti Sistem Pendaratan Instrumen dan Sistem Radar Pergerakan Permukaan yang berupaya memudahkan pendaratan pesawat dalam cuaca berjerebu.

Pada 2018, pergerakan penumpang Malaysia meningkat 2.5 peratus kepada 99 juta penumpang (2017: 8.5 peratus), dengan pergerakan domestik dan antarabangsa masing-masing menambah 0.4 peratus dan 4.5 peratus.

Sementara itu, angka bagi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA), Turki menokok 8.8 peratus kepada 34.1 juta, sekali gus melonjakkan jumlah keseluruhan penumpang yang dikendalikan oleh rangkaian lapangan terbang MAHB kepada 133.1 juta pada 2018, rekod tertinggi yang pernah dicatatkan.

Dalam tempoh enam bulan pertama 2019, rangkaian lapangan terbang MAHB, termasuk ISGIA, mengendalikan 67.8 juta penumpang, peningkatan 4.3 peratus tahun ke tahun. - Bernama