Setakat pukul 5 petang tadi di bacaan IPU di Alor Gajah mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 105 manakala Bukit Rambai 115 dan Bandaraya Melaka 93. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew berkata, arahan itu dikeluarkan berdasarkan pengumuman terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung rekod bacaan jerebu yang dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa.

"Bagi kawasan mencecah IPU melebihi rekod bacaan 101-200, pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan luar kelas.

“Sekiranya bacaan IPU terus meningkat melebihi 200, sekolah di kawasan terlibat   perlu ditutup sementara bagi memastikan kesihatan pelajar tidak terjejas, " katanya pada Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Seri Negeri di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang awam di negeri ini supaya mengambil langkah pencegahan dalam penjagaan kesihatan termasuk memakai topeng muka. - K! ONLINE