Bacaan tersebut dicatatkan di laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 10 pagi tadi.

Selain Rompin, kawasan sekitar Lembah Klang pula mencatat IPU tidak sihat terutama di Klang, Selangor pada bacaan 130 dan Cheras, Kuala Lumpur (139).

Kebanyakan bandar di Pantai Barat turut mencatat IPU tidak sihat termasuk di Balik Pulau, Pulau Pinang (109), Seri Manjung, Perak (123) dan Nilai, Negeri Sembilan (155).

Turut mencatat IPU tidak sihat ialah Port Dickson, Negeri Sembilan (113) dan Alor Gajah, Melaka (110) serta Tangkak, Johor (134).

Sementara itu, Kuching dan Sri Aman, Sarawak pula masing-masing turut mencatat IPU tidak sihat pada bacaan 150 sera 163.

Beberapa kawasan lain pula masih berada dalam kategori sihat termasuk Taiping dan Ipoh, Perak masing-masing mencatat bacaan 95 serta Batu Pahat, Johor (92) yang semakin menghampiri zon kuning atau tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). - K! ONLINE