Seorang kenalan arwah yang enggan dikenali berkata, segala perancangan kini bergantung di tangan kerajaan Mesir.

"Saya mengharapkan kerajaan Mesir memberi kelulusan untuk membawa pulang jenazah Imam Palestin ke negara kelahirannya.

"Umum mengetahui jenazah Imam Fadi sudah berada di Unit Forensik selama empat hari. Ia bukan sesuatu yang bagus untuk mayat arwah terus berada di situ," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Tinjauan Kosmo! di Unit Forensik Hospital Selayang mendapati kira-kira 10 rakan-rakan termasuk saudara terdekat Imam Fadi hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepadanya namun tiada kelihatan isteri dan adik lelakinya.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! menemubual dua orang saudara terdekatnya selepas melawat jenazah Imam Fadi gagal kerana mereka enggan ditemu bual. - K! ONLINE