Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pengebumian jenazah Nazrin itu ditangguhkan adalah kerana proses bedah siasat masih lagi belum selesai.

“Buat masa ini kita perlu menunggu sehingga patologi selesai melakukan bedah siasat. Selepas itu barulah proses pengebumian akan dilakukan.

“Namun begitu, kami tidak mengetahui bila proses bedah siasat itu akan selesai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu jenazah Allahyarham Nazrin yang digali semula Isnin lalu untuk bedah siasat kali kedua dijangka akan dikebumikan pada hari esok. - K! ONLINE