Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab.

Solat jenazah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkifly Ahmad, Timbalan Menteri Industri Utama, Syamsul Iskandar Md. Akim, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, pimpinan tertinggi PKR dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir.

Shaharuddin, 56, meninggal dunia pada pukul 6.28 petang di Hospital Putrajaya semalam.

Shaharuddin menderita barah usus sejak dua tahun lalu dan kesihatannya mula merosot sejak dua minggu lepas.

Shaharuddin yang pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kira-kira 30 tahun dan menjadi Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor meninggalkan isteri, Adibah Ahmad dengan enam anak. - K! ONLINE