Bapa saudara kepada ayah mangsa, Abdul Rahim Ismail, 54, ketika ditemui di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur di sini sebentar tadi berkata, jenazah cucu saudaranya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu lewat malam ini.

“Selepas selesai sesi bedah siasat dan memandikan dan sembahyang jenazah tadi, rombongan keluarga kami sebanyak empat buah kereta bertolak ke sana pada pukul 3.06 petang.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang keputusan bedah siasat ini kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

“Kami sekeluarga sedih dan marah dengan kejadian ini kerana baru sahaja berjumpa dengan Rayqal semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung baru-baru ini dan tak menyangka tragedi ini berlaku pada dia,” ujarnya. - K! ONLINE