Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, faktor ekonomi merupakan punca utama kepada jenayah rasuah tersebut yang menyukarkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Dalam isu rasuah, apabila negara semakin membangun maka makin banyak transaksi ekonomi berlaku, justeru ia mewujudkan banyak peluang untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa.

"Sektor yang serius dalam kes jenayah rasuah melibatkan bahagian penguatkuasaan, perolehan dan kes-kes berprofil tinggi," katanya pada sidang akhabar sempena Majlis Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan SPRM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azam berkata, orang ramai tidak boleh menjadikan alasan 'tidak tahu' untuk melakukan jenayah rasuah sewenang-wenangnya walaupun melibatkan nilai serendah RM10. - K! ONLINE