Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad berkata, laporan polis itu dibuat oleh pengarah sebuah syarikat pelancangon. 

“Siasatan kini dijalankan menjurus kepada ejen yang terlibat menguruskan visa kesemua jemaah berkenaan.

“Kami kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya di sini hari ini.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan seramai 26 rakyat Malaysia terkandas setelah kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan mereka untuk mengerjakan haji pada musim ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, kumpulan itu tiba menggunakan penerbangan komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dan mereka tidak dibenarkan masuk dipercayai akibat masalah teknikal pada visa haji Furada yang diperoleh mereka dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi.

Perjalanan kumpulan itu di­uruskan sebuah syarikat namun kerajaan menyerahkan sepenuh­nya siasatan serta tindakan terhadap perkara itu kepada pihak kerajaan Arab Saudi.

Menurutnya, kumpulan itu telah diterbangkan ­pulang ke Malaysia malam kelmarin setelah semua proses diperlukan kerajaan Arab Saudi diselesaikan. - K! ONLINE