Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sebanyak 81 penerbangan akan membawa jemaah Malaysia pulang ke tanah air, bermula pada 3.05 pagi Rabu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4.45 petang hari sama.

"Sebanyak 47 penerbangan akan berlepas dari Jeddah, bermula 29 Ogos hingga 15 September 2018  manakala baki 34 penerbangan akan berlepas dari

Madinah mulai 11 September hingga 25 September 2018," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Sahabat Maktab Tabung Haji (TH) di sini, hari ini.

Syed Saleh berkata, penerbangan terakhir jemaah Malaysia pula akan berlepas  25 Sept ini pada 2.10 petang dan dijangka tiba di tanah air pada 3.40 pagi keesokan harinya.

Sementara itu, beliau berkata operasi haji pada tahun ini berjalan lancar secara keseluruhannya dan jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah haji dengan selamat dan lebih selesa dan teratur. - Bernama