Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Tabung Haji, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan semua jemaah haji Malaysia berada dalam keadaan selamat.

“Semasa kejadian ribut dan hujan tersebut, pihak bomba telah mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan para jemaah haji yang berada di Arafah.

“Pemeriksaan menyeluruh telah dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan dan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara,” jelas Ketua Rombongan Haji Malaysia,  Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. 

Bekalan elektrik disambung semula secara berperingkat mulai pukul 10.45 malam.

Waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah. - K! ONLINE