Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tujuan utama JPB dianjurkan di Sarawak pada tahun ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memberi tumpuan kepada golongan pelajar di kawasan luar bandar.

Jelasnya, penganjuran JPB di Sarawak pada 2 Mei depan itu juga menunjukkan kombinasi daya usaha antara kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bersama pihak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan.

“Acara ini juga menjadi satu langkah untuk mewujudkan peningkatan status sosial anak-anak secara tidak langsung mempertingkatkan status sosial keluarga mereka.

“JPB akan menjelajah ke 92 parlimen dan saya akan menambah peruntukan sebanyak RM1 juta untuk acara pada tahun ini dengan syarat mereka (penganjur) mampu memcapai matlamat seramai 65,000 pelajar IPTA dan IPTS didaftarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sebelum merasmikan JPB 2018 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini sebentar tadi. - K! ONLINE