Ketua Pengarahnya, Mohammad Hamdan Wahid berkata, ia bakal dilaksanakan tahun ini.

"Kini MOSAR hanya ada di Sabah dan kita akan jadikan pasukan itu sebagai modal bagi pasukan baharu itu nanti. Untuk Pahang ia akan diwujudkan di Kuala Tahan untuk menjadi pasukan penyelamat di Gunung Tahan.

"Di Kelantan pula (MOSAR) akan menjadi pasukan penyelamat di Gunung Stong," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat JBPM Sabah di sini hari ini.

MOSAR  yang berpusat di Balai Bomba Ranau ditubuhkan oleh JBPM Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang kecemasan dan bencana seperti gempa bumi yang berlaku di daerah berkenaan pada 5 Jun 2015. - Bernama