Pasukan petugas kuil itu turut menarik balik permohonannya bagi penangguhan inkues itu sementara menunggu rayuannya bagi penangguhan inkues itu selesai.

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara menarik balik permohonannya untuk membatalkan rayuan jawatankuasa kuil berkenaan.

Peguam M.Visvanathan yang mewakili jawatankuasa bertindak kuil berkata, anak guamnya menarik balik rayuan itu berdasarkan afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara pada 3 April tahun ini.

Beliau berkata, afidavit itu yang disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hamdan Hamzah menyatakan bahawa kematian Adib bukan akibat dipukul oleh mana-mana orang. - Bernama