Mengenai laporan bahawa Anggota parlimen Subang Wong Chen telah menegur kerajaan kerana memberi jawapan yang kurang jelas mengenai isu tersebut, pejabat berkenaan menjelaskan bahawa jawapan itu sebenarnya jauh dari kabur dan tidak sepatutnya dijadikan isu.

"Jika anggota Parlimen tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh menteri berkenaan, beliau sepatutnya mendapatkan butiran dan penjelasan lanjut dari pejabat menteri berkenaan," kata pejabat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong di parlimen, Wong dipetik pada 25 Julai sebagai berkata jawapan itu hanya menyentuh kenyataan umum tentang kelemahan pentadbiran terdahulu Barisan Nasional mengenai pengisytiharan harta.

Wong juga berkata isu pengisytiharan harta merupakan ujian penting dalam agenda pembaharuan Pakatan Harapan. - Bernama