Oleh itu, jemaah haji disaran agar sentiasa mengikut nasihat petugas perubatan Lembaga Tabung Haji (TH), kata.Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman selepas melepaskan kumpulan kedua petugas haji ke tanah suci di Kompleks TH di sini hari ini. 

"Berbanding suhu di Malaysia 36 atau 34 darjah Celsius, ini satu cabaran yang besar kepada jemaah. Malah TH telah memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada jemaah semasa kursus haji supaya lebih  bersedia menghadapi suasana cuaca panas dengan menjaga kesihatan dan tidak terdedah kepada cuaca panas,"katanya.

Beliau, yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia, berkata 141 petugas haji terdiri daripada 62 petugas kebajikan, 63 petugas perubatan dan 16 petugas media berlepas ke tanah suci melalui penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) pada pukul 2.45 petang ini.
Syed Saleh berkata kumpulan itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 600 petugas, dengan kumpulan pertama melibatkan 13 petugas teknologi maklumat berlepas pada 2 Julai lepas, manakala selebihnya berlepas pada 11 Julai ini.