Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, pihaknya belum menerima kertas cadangan atau kertas kerja daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berhubung cadangan pelaksanaan cuti sekolah secara berperingkat membabitkan negeri-negeri mulai tahun depan.

"Setakat ini belum ada apa-apa keputusan (mengenai cuti sekolah) dan perbincangan hanya akan diadakan sekiranya terdapat permintaan (daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan).

"Ada yang sudah risau dan bertanya dengan saya mengenai perkara ini (cadangan cuti sekolah berperingkat). Kerana ada ibu bapa yang sudah mempunyai perancangan, malah ada yang sudah tempah tiket kapal terbang," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Kebangsaan: Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan, di Institut Integriti Malaysia (Integriti) di sini. - Bernama