Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, perkara tersebut harus ditentang dan dilawan tidak kira siapa pelakunya dalam apa jua jenis buli di mana-mana sekalipun.

"Bagi saya, biar pihak polis menyelesaikan siasatan mereka. 

"Saya berharap kejadian ini tidak dijadikan sebagai isu perkauman," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur Bandar Baru Bangi yang mengorbankan  Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, dalam kejadian pukul 1.40 petang. 

Berikutan itu, suami isteri masing-masing berusia 40 dan 36 tahun itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE