Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, jambatan ikonik pertama di Asia Tenggara itu bakal dikenali sebagai salah sebuah mercu tanda bagi negeri Terengganu.

"Projek yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya dengan muara utara di Seberang Takir itu sudah 85 peratus siap dan dijangka boleh digunakan pada September.

"Selain menyuraikan aliran trafik di Jambatan Sultan Mahmud, pembinaan jambatan ikonik itu mampu menarik minat lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di tapak projek jambatan angkat dari arah Seberang Takir hari ini. - K! ONLINE