Jamal yang dibawa ke mahkamah dengan menggunakan kenderaan Polis Diraja Malaysia dilihat memakai baju dan topi berwarna hitam dalam keadaan bergari.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia itu dibawa oleh anggota polis dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat MH710 dari Jakarta, Indonesia.

Beliau dijangka akan menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan sah.

Terdahulu, Jamal yang menjadi buruan ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada pukul 6.15 petang (waktu tempatan) 2 Julai lalu. - K! ONLINE