Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud berkata, setakat ini jabatan itu memiliki 106 senjata api yang dibekalkan kepada anggota penguatkuasanya di peringkat negeri.

"Penambahan jumlah senjata api bergantung kepada keperluan sesebuah negeri bagi penguatkuasaan undang-undang di negeri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikam Majlis Pelantikan Renjer Hutan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daripada kalangan Orang Asli di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Azmy Yahya.

Nor Akhirrudin berkata, setakat ini Jabatan Perhutanan Pahang dan Selangor paling banyak dibekalkan senjata api manakala negeri lain telah mengemukakan permohonan untuk penambahan. - Bernama