Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kaunter akan dibuka memandangkan program tersebut akan berakhir sepenuhnya pada 30 Ogos ini.

"Oleh itu, PATI yang ada diberikan peluang untuk menyerah diri secara sukarela bagi mengelakkan ditangkap dalam operasi yang sedang giat dijalankan.

"Pihak Imigresen tidak akan melanjutkan program itu sebaliknya penguatkuasaan akan terus dijalankan tanpa kompromi dengan mana-mana pihak bagi memastikan keselamatan dan keharmonian negara," katanya. - K! ONLINE