Jurucakap JHL Sabah, Siti Nur’Ain Ampuan Acheh berkata, papan tanda amaran tersebut dipasang di tiga lokasi sekitar kolam terbabit.

"Papan tanda amaran ini adalah untuk memberi peringatan kepada orang awam supaya berhati-hati dan tidak melakukan sebarang aktiviti termasuk memancing ikan di sana.

"Pihak JHL memandang serius isu ini dan akan memastikan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Siti Nur'Ain, setakat ini anggota daripada Unit Penyelamat Hidupan Liar juga telah memasang lebih dua perangkap dan melakukan tinjauan dua kali sehari di kawasan berkenaan.

"Dilaporkan buaya yang dikatakan berada di dalam kolam itu masih belum ditangkap," jelasnya. - K! ONLINE