Pegawai Pertanian Daerah Pendang Ja'afar Abu Bakar berkata, percubaan menggunakan 300 ekor itik jawa di kawasan Projek Sawah Gemilang, Kampung Charuk Kering di sini mendapati, ia berjaya mengawal hingga 100 peratus populasi siput itu jika dipraktikkan secara berterusan.

"SGE akan memakan biji benih yang ditabur di petak sawah, ancamannya sungguh besar kerana petani perlu menabur semula benih padi atau mengeluarkan ribuan ringgit untuk membajak semula sawah mereka.

"Dengan adanya itik jawa ini, kita berjaya mengawal secara keseluruhan kawasan sawah itu dan petani tidak lagi terbeban dengan penggunaan racun kimia yang mahal dan berbahaya kepada alam sekitar, seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran hingga tujuh tan per hektar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Projek Sawah Gemilang di sini adalah projek bimbingan daripada Pejabat Pertanian daerahPendang dengan kerjasama Bahagian Biosekuriti Tumbuhan jabatan itu,  melibatkan keluasan 30.83 hektar sawah dengan pembabitan 34 peserta sejak dimulakan pada penghujung 2016. - Bernama