Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan akan menunggu penyiasatan polis terhadap dakwaan kenyataan sensitif oleh pendakwah itu terhadap kaum Cina dan India di Malaysia.

"Beliau (Zakir) mempunyai status PR. Kita boleh menarik balik status PR itu jika beliau melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.

"Pada masa ini polis sedang menyiasat sekiranya beliau melakukannya atau tidak. Jika beliau berbuat demikian, maka kita perlu menarik balik status PR beliau," kata Mahathir kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat AirAsia, RedQ di sini.

Mahathir berkata, terdapat keperluan untuk mengambil tindakan menghalang Zakir daripada membuat ucapan provokatif, yang dilihat cuba melaga-lagakan pelbagai kaum. - Bernama