Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. sebentar tadi.

"Ibu pelajar tersebut telah menarik balik laporan yang dibuatnya sehari selepas laporan dibuat," katanya ringkas.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, satu pertemuan antara mereka telah diatur bersama-sama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan esok.

"Isu ini sudah hampir selesai dan semua pihak terlibat iaitu guru berkenaan, pelajar dan ibu bapanya serta PIBG sekolah telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan, esok.

"Kita akan cari jalan penyelesaian terbaik buat kedua-dua pihak, bagi mendapatkan situasi menang-menang. Sekiranya boleh tidak perlu melibatkan tindakan undang-undang," katanya. - K! ONLINE.