Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, satu pertemuan antara mereka telah diatur bersama-sama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, esok. 

"Isu ini sudah hampir selesai dan semua pihak terlibat iaitu guru berkenaan, pelajar dan ibu bapanya serta PIBG sekolah telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan, esok. 

"Kita akan cari jalan penyelesaian terbaik buat kedua-dua pihak, bagi mendapatkan situasi menang-menang. Sekiranya boleh tidak perlu melibatkan tindakan undang-undang," katanya 

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Surat Tawaran Program Sistem Latihan Dual Nasional anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor, di sini hari hari ini.

Kosmo! Online melaporkan satu rakaman video menunjukkan seorang wanita tidak berpuas hati selepas anaknya didakwa dirotan guru lelaki akibat mengejek sebagai cikgu pondan. - K! ONLINE.