Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menyifatkan penularan berita itu sebagai usaha menabur fitnah terhadap kementerian tersebut.

"Apa yang ditularkan di media sosial itu adalah pembohongan semata-mata dan saya lihat ini merupakan salah satu usaha untuk menabur fitnah terhadap kementerian. Pihak tidak bertanggungjawab ini juga turut memberikan nombor akaun bank milik persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah terbabit.

"Ini telah menjejaskan nama baik sekolah, PIBG dan PPD (pejabat pendidikan daerah) jadi sekiranya mereka hendak ambil tindakan, kementerian menyokong  penuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Muafakat Peladang Peringkat Daerah Padang Terap di Dataran Tepi Sungai Kuala Nerang dekat sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan kementerian itu menafikan dakwaan tersebut yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan sebarang tindakan lanjut. - Bernama