Menurut beliau, tidak ada masalah buat jentera PH dalam usaha memenangi hati dan peratusan undi pengundi, terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang disandang oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

"Tidak ada masalah, itu kita serah kepada undang-undang. Saya tidak akan melindungi (dia) daripada undang-undang. Saya serah kepada pihak polis.

"Macam anak orang lain juga, tiada yang istimewa. Kami menteri sekarang bukan nak lindungi anak-anak," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama kira-kira hampir 100 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Felda Sungai Koyan 3 di sini hari ini. - Bernama