Beliau yang enggan mengulas lanjut isu tersebut bagaimanapun memberi jaminan penyelesaian akan dibuat menurut Perlembagaan Persekutuan dan lunas undang-undang.

"Usaha sedang dijalankan mengenai masalah ini dan tidak ada manfaat untuk saya buat penjelasan sebelum usaha dijalankan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PH Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pimpinan pakatan  itu.

Dr. Mahathir mengulas mengenai laporan beberapa portal berita yang antara lain menyebut Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menolak calon yang dicadangkan kerajaan pusat untuk dilantik sebagai Peguam Negara baharu menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali. - Bernama