Beliau berkata, mesyuarat Kabinet itu akan berusaha mencari jalan mengatasi isu berkenaan.

Saifuddin Nasution mengulas laporan mengenai peningkatan harga ikan ekoran rantaian bekalan panjang dengan keuntungan dikaut oleh pendatang asing yang menjual ikan di pasar borong, sedangkan nasib nelayan tidak berubah.

Saifuddin berkata, selain kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu bekerjasama dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dihadapi nelayan.

Isu yang turut melibatkan aspek 'penindasan' (ke atas nelayan) dan amalan kumpulan tertentu mengawal wilayah dalam pasar borong itu tidak akan selesai melalui tindakan oleh satu kementerian dari sudut penguatkuasaan kawalan harga sahaja, katanya.

"Tindakan berupa kerjasama erat pelbagai kementerian perlu dan jika dilakukan, ia mestilah konsisten dan tidak bermusim," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Citarasa Malaysia - Hari Bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini hari ini. – Bernama