Perkara itu disahkan menerusi satu sumber dari Istana Negara sebentar tadi.

Awal pagi tadi Dr Mahathir telah mengumumkan bahawa beliau akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pagi ini susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berlangsung semalam.

Dalam PRU-14 itu, PH memenangi 121 kerusi Parlimen merangkumi 104 PKR, DAP 9 dan Warisan 8.

Satu mesej yang menyatakan siaran langsung majlis istiadat tersebut akan diadakan pada pukul 9.30 pagi Khamis di Istana Negara turut tular di media sosial sejak semalam.

Bagaimanapun, pihak media yang berkumpul di luar perkarangan istana sejak awal pagi ini turut dimaklumkan bahawa istiadat berkenaan tidak akan berlangsung dan mungkin akan ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. - K! ONLINE