Istiadat itu yang berlangsung di Singgahsana Kecil turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Istiadat berkenaan bermula pada 5.45 petang dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Wan Azizah, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama di negara ini. 

Wan Azizah melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif  dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa. - Bernama