Dalam kejadian kira-kira pukul 10.17 malam itu, mayat Suriya Kanchaiyaphum, 36, ditemui dalam keadaan terlentang di kaki lima pekarangan luar rumah tumpangan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pemeriksaan di tempat kejadian telah menemui mayat mangsa dengan kesan kecederaan pada dada kiri.

"Kita telah membuat tangkapan ke atas isteri mangsa yang juga merupakan warga Thailand di lokasi kejadian termasuk merampas pisau yang digunakan suspek untuk menikam suaminya.

"Siasatan lanjut mendapati motif kejadian adalah disebabkan pergaduhan antara pasangan suami isteri terbabit berkenaan wang," katanya kepada pemberita di sini. - K! ONLINE