Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Fauzi Che Mamat berkata, pembatalan anugerah yang tidak membawa sebarang gelaran itu ditarik balik oleh pihak Istana Kelantan atas titah Sultan Muhammad V. 

"Penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan pada April 2002 dinyatakan melalui sepucuk surat yang diterima Dr. Mahathir hari ini selepas ia berkuat kuasa pada 6 Februari lalu.

"Surat berkenaan kemudian telah dihantar ke kediaman beliau di Seri Kembangan, Selangor," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sebab penarikan darjah kebesaran itu oleh pihak istana negeri berkenaan. - K! ONLINE