Ali dalam laman sosial Twitternya hari ini turut berkongsi gambar serah tugas antara beliau dan Ketua Setiausaha Negara yang baharu, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.

“Saya menyerahkan nota serah tugas kepada @IsmailBakar60 yang bakal menggantikan saya sebagai Ketua Setiausaha Negara Ke-14. Tahniah dan selamat maju jaya Datuk Seri,” kata dalam keterangan gambar yang dikongsikan dalam laman sosial Twitternya hari ini.

Sebelum ini, Ali dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai desas desus persaraannya ekoran kontrak perkhidmatannya kerana mendakwa tidak mengetahui sama ada kontraknya akan disambung atau tidak.