Bank pusat  berkata ini susulan pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, bahawa 10 Mei (Khamis) dan 11 Mei (Jumaat) diisytihar  sebagai hari kelepasan tambahan di seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-14.

Bagi negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor yang menjadikan  hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan. - Bernama