Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lalu ialah gangguan teknikal sehingga para pengguna tidak boleh mengakses atau memuat naik sebarang status atau gambar.

facebook
Facebook menerusi akaun Twitternya menjelaskan gangguan tersebut akan diselesaikan segera.

Menurut Facebook menerusi laman media sosial Twitter, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang telah menyebabkan jutaan penggunanya gagal mengakses masuk ke akaun mereka.

"Kami mengesahkan gangguan yang dialami tiada kaitan dengan serangan DDos," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ig
Instagram dilaporkan akan segera berusaha memperbaiki gangguan tersebut secepat mungkin.

Sementara itu, Instagram di akaun Twitternya pula berkata, masalah tersebut sangat mengecewakan dan pihaknya sedang berusaha untuk memperbaiki gangguan tersebut secepat mungkin.

Gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector.com hari ini, laporan tertinggi dicatatkan daripada pengguna di Amerika Utara, Asia dan Eropah.

Dalam pada itu, aplikasi Whatsapp juga dilaporkan turut terjejas pagi ini ekoran pengguna mengalami masalah untuk menghantar foto dan video.- K! ONLINE