Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan mengeluarkan perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga 21 Mei selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut sumber, pegawai polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan itu ditahan semalam kira-kira pukul 4.05 petang di pejabat balai trafik Klang Selatan di sini.

"Pegawai wanita itu dipercayai telah meminta wang berjumlah RM2,000 pada 11.45 malam, Isnin lalu daripada pengadu, seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun.

"Difahamkan wang itu sebagai balasan untuk melepaskan kenderaan utiliti sukan (SUV) milik pengadu yang disita atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh,"katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana meminta dan menerima rasuah. - K! ONLINE