Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Assisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pemuda berusia 21 tahun tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pihak polis telah mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa lelaki yang bekerja sebagai pendandan rambut di salon milik ibunya itu esok," katanya di sini hari ini. - K! ONLINE