Kehadirannya itu adalah bagi melihat sendiri gambaran sebenar insiden kekecohan di kuil berkenaan pada kejadian 27 November tahun lalu itu.

Terdahulu, Zuraida tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi. 

Pada prosiding hari ini, koroner dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam inkues ini akan ke kuil itu bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan.

Difahamkan, mereka dijangka akan melawat jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang terlibat semasa insiden itu. - K! ONLINE