Siti Syafika Amira Mohd. Rasani, 27,  yang bekerja sebagai jururawat di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, kenyataannya pada Jumaat lalu di Facebook itu disebabkan percaya bahawa anggota bomba itu dipukul tanpa dia mengetahui fakta sebenar.

Katanya, dia percaya bahawa Muhammad Adib dipukul selepas diberitahu rakan sekerjanya, Muhammad Ashraf Baruji.

"Saya hanya mengikut emosi dan perasaan tanpa mengetahui fakta sebenar.

"Saya emosi kerana percaya Adib dipukul tanpa mengetahui fakta sebenar dan rentetan daripada saksi kehilangan telefon bimbit itu," katanya.

Menurutnya, kenyataan tersebut hanyalah luahan hati dan emosi dirinya kerana terkesan melihat keluarga, tunang dan rakan-rakan Muhammad Adib yang menunggu sepanjang anggota bomba malang itu dirawat di IJN.

"Saya dengan ini meminta maaf kepada Doktor (Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur) dan semua," jelasnya. - K! ONLINE