"Saya percaya, dengan penarikan diri saya, saksi ke-29 iaitu Prof. Dr. Shahrom Abd Wahid yang sepatutnya dipanggil semula beri keterangan hari ini terbatal," katanya.

Perkara itu dimaklumkan Syazlin dihadapan Koroner Rofiah Mohamad sebentar tadi.

Sementara itu, seorang lagi peguam, Ahmad Taufiq Baharum memberitahu, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang saksi lain untuk dipanggil memberi keterangan.

Beliau kemudiannya menyerahkan perkembangan selanjutnya kepada mahkamah.

Prosiding inkues ditangguhkan seketika dan bersambung sebentar lagi.

Pada 17 Mei lalu, mahkamah membenarkan bekas Perunding Kanan Forensik dan Patologi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid untuk dipanggil semula beri keterangan hari ini dan esok.  - K! ONLINE