Koroner Rofiah Mohamad memutuskan demikian selepas melihat tiada keperluan untuk memanggil saksi terbabit.

Rofiah dalam penghakimannya berkata, jika saksi ke-24 itu dipanggil untuk memberikan eksperimen baharu, maka saksi ke-29 juga akan membuat eksperimen baharu.

"Jika berterusan, inkues ini akan tiada penamat dan tidak berpenghujung.

"Lagipun, eksperimen baharu yang dibuat saksi ke-24 pada 12 April itu tidak ada sebarang perkembangan baharu," katanya.

Menurutnya, selaku koroner, beliau berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi yang membolehkan satu keputusan wajar boleh dibuat nanti. - K! ONLINE